Kekosongan jawatan sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41 telah dibuka kepada semua calon yang berminat. Calon boleh memohon dalam website rasmi SPA. Jawatan Kosong yang dihebahkan ini diambil dari website rasmi SPA bagi memudahkan calon menerima berita tentang kekosongan jawatan yang diidamkan.
Kerja Kosong Terkini Sebagai Pegawai Pergigian
Sebelum calon mula memohon calon seharusnya meneliti apa yang terkandung dalam syarat memohon. Sebolehnya calon merupakan seorang yang mempunyai keterampilan diri, boleh bekerja dalam kumpulan dan menjadi seorang pengikut dan ketua yang bagus dalam kumpulan, jati diri seharusnya tinggi dan paling penting seorang yang profesional bila dibagi tugasan dan ujian yang memerlukan tahap profesional seseorang.Butiran Tawaran Kerja Kosong Pegawai Pergigian
- Calon yang memohon merupakan warganegara Malaysia.
- Wajib memiliki Ijazah dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Anggaran gaji yang diberikan jika berjaya menjadi Pegawai Pergigian Gred UG41 ialah RM 2844.00 - RM 9656.00.
- Elaun sebagai Pegawai Pergigian adalah Elaun Perumahan : RM 250.00 (Lokasi), Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM 300.00, Elaun Kritikal : RM 750.00, dan Elaun COLA : RM 100.00 - RM 300.00.
Post a Comment