Cara Tebus Data Mudah Alih Percuma Umobile, Celcom, Maxis, Unifi Mobile, Digi & YooDo


CARA TEBUS DATA MUDAH ALIH PERCUMA TELCO MALAYSIA UMOBILE, MAXIS, DIGI, CELCOM, YOODO & UNIFI MOBILE BERMULA 1 APRIL 2020

Rakyat Malaysia boleh menerima 1GB internet percuma setiap hari bermula 1 April sebagai salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin. Maxis kini menjelaskan bagaimana pengguna pascabayar dan prabayar Maxis dan Hotlink, untuk mendapatkan data percuma ini.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat.



Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.















Sumber : https://edubestari.com/cara-tebus-data-mudah-alih-percuma/


0 comment... add one now